Saturday, 9 June 2012

hari guru (:

pada 24 mei 2012 (:
sekolah kami telah menyambut 'HARI GURU' peringkat sekolah (:


----> Hari Guru disambut untuk mengenang jasa guru yang banyak berkorban untuk kita (:
         mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kita untuk melihat kita berjaya (:
        jasamu cikgu tidak akan kami lupakan walaupun kami telah berjaya hinnga ke menara
        gading....JASAMU AKAN KAMI KENANG HINNGA KE AKHIR HAYAT (:


YEAHHHHHHHHHH....so lets chill (:


Pelbagai aktiviti yang kami lakukan....hehehehe..bukan kami LOLz..tap cikgu...LOL


First skali ....kami bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya program ini berjalan degan lancar...ALHAMDULILAH (:


~~~~> Bermula pada pukul 8:30 pagi..berlangsunglah acara yang dinanti-nantikan..hehehe
      acaranya ialah perarakan guru ke gelenggang (:
so..lets  see the picture that i upload ..LOL


    yeahhh...kumpulan 'belle'...dengan bergayanya melangkah masuk ke gelanngang (:


                                     caiya la....aksi kumpulan   belle...hahaha..enjoy it  


              persembahkan~~~~ kumpulan 'cinderella'...dapat kita lihat keayuan cikgu2              perempuan..hihihih


    cehhh...gelagat kumpulan 'snow white'...terbaiikkkk dgn sayapnya dan keayuan guru perempuan dengan pakain putihnya..hihih


                             yeahhhhhhhhhh...kumpulan 'aurora' (: semua pink..hohoho


                       para pelajar tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukkan...


hmmmm...okayyla...nanti kami post lagi..k.bye (:
enjoy your life..dudee

Saturday, 21 April 2012

pelan lokasi..~~~


SMKA(P) AlMashoor terletak di Medan Lim Cheng Theik, berhampiran JalanBurma, George town, di dalam daerah Timur laut Pulau Pinang, Malaysia.

piagam pelanggan

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) AlMshoor akan memberikan perkhidmatan dan pendidikan yang cemerlang dalam merealisasikan falsafah pendidikan yang selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu dan beramal berteraskan al-quran dan al-sunnah dengan mengamalkan budaya kerja seperti berikut :  
  • Amanah dan cekap dalam melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan.
  •  Lancar dan  rasional dalam mengambil sebarang tindakan.
  •  Mesra, prihatin dan sentiasa menunjukan sikap kasih  sayang dalam perlakuan.
  • Akhlak yang mulia dan budi perkerti yang luhur.
  • Sedia menerima perubahan untuk kemajuan sekolah. 
  •  Hubungan yang baik sesama insan melalui kepimpinan yan dinamik dan dedikasi.
  • Optimistik dalam menghasilkan pelajar yang berpotensi melanjutkan  pelajaran. 
  •  Orentasi ke arah pemupukan dan perkembangan bakat demi mencapai kejayaan dalam  bidang kokurikulum.
  •  Rela berbakti untuk melahirkan anak didik yang berjasa pada agama, bangsa dan negara.

slogan

ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

moto sekolah

                               Beriman, Berilmu & Beramal

misi sekolah

Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.

visi sekolah...

 SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.

sejarah sekolah...(:

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

lencana sekolah(:


                                                                                       

Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.

Friday, 6 April 2012

congrats...

assalamualaikum....

  •    pada 29 march yang lalu...sekolah kita telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan choral speaking.................congrats guy...
  • tahniah juga kepada pendebat sekolah kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan...
   buatlah yang terbaik untuk sekolah kita....

Tuesday, 20 March 2012

gud luck untuk sume plajar smka(p)almashoor yg tima result arinie....semoga b'bahgia dgn keputusan anda....bagi sesiapa yang kurang bejaya..,peganglah dgn kata2 ini....'KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN'

Saturday, 17 March 2012

bored

ok...ari nie saya nak post something  but i dont know what i want to post...lagipun blog nie masih lagi dalam pembinaan so sorry....nnti kalau dah siap saya akan inform ok,....